Tuesday 9 March 2010

Galeri Mesir

0 comments
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat sekaliannya.

Tanggal 16 September 2007, jam 1 pagi, cuaca begitu dingin sekali, aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuranku kepada Allah SWT kerana mengizinkan aku untuk menjejakkan kaki di bumi Mesir, bumi para Anbiya’ yang juga digelar ardul kinanah. Perasaan dan semangat dihati semakin berkobar-kobar untuk meneruskan kembali bidang pengajian yang setelah sekian lama aku tinggalkan. Niatku yang membara untuk menuntut ilmu agama dan secara langsung untuk menjadi pelajar Universiti yang tertua di dunia iaitu Universiti Al-Azhar telah tercapai.

Istana aku di Mesir (Asrama Negeri Pahang)

Daripada lapangan terbang Kaherah, aku dibawa oleh pelajar-pelajar senior pulang dan menginap di asrama negeri Pahang di HAiyu Asyir, Kaherah. Memang kebiasaannya di Mesir ini, pelajar-pelajar Malaysia yang baru sampai akan ditempatkan di asrama negeri masing-masing sebelum dihantar ke cawangan masing-masing.

Pada 11 Disember 2007, dengan secara sahnya dan disepakati banyak pihak, maka bermulalah hidup aku sebagai pelajar Al-Azhar setelah melepasi ujian yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti. Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah SWT. Aku belajar di Universiti Al-Azhar Kaherah mengambil fakulti Usuluddin jurusan dakwah dan pengetahuan/kebudayaan Islam.

Kehidupan di sini banyak dugaannya. Dengan keadaan disekeliling, cara muamalat dengan penduduk Mesir, cuaca yang tidak menentu dan macam-macam lagilah. Aku sendiri pun sukar nak sesuaikan diri di sini. Mesir menuntut kesabaran yang tinggi. Seperti ungkapan perkataan Mesir itu sendiri…. مصر didalam bahasa Arab… م bermaksud musibahص bermaksud sabar dan ر bermaksud redha. Apabila kita ditimpa musibah maka kita seharusnya sabar dengan apa yang telah berlaku dan redha dengan ujian yang diberikan allah pada hambanya.

Di depan Kuliah Usuluddin

Apa tidaknya, kalau dah hari-hari asyik nak berperang dangan Arab je...cara mereka ni kasar, kadang-kadang melenting juga dibuatnya. Naik bas @ tramco pun gaduh, urusan passport/visa, urusan pentadbiran di Universiti dan lain-lain lagi.

Bumi Mesir ini merupakan bumi yang subur dan kaya dengan hasilnya tersendiri. Pelbagai hasil pertanian yang dapat dilihat disini seperti sayur-sayuran dan pokok buah-buahan. Kalau diperhatikan di kampung-kampung, kiri kanan jalan nampak menghijau tumbuh-tumbuhan memenuhi setiap sudut ruang tanah. Berbeza sekali dengan ape yang aku bayangkan tentang Mesir sebelum aku datang ke sini dulu......Mesir ni negeri padang pasir, cuaca mesti panas, takde nasi ke...macam-macam lagilah aku buat spekulasi tentang Mesir ni.

Pertanian yang menjadi sumber utama di Mesir


Ladang Kurma di Alex

Mesir juga kaya dengan kawasan pelancongan yang menarik untuk dilawati seperti Iskandariah, Faiyum, Matruh siwa, Sinai, Sham El-Sheikh dan lain-lain lagi...

Qal'ah Salehuddin di Iskandariah

Piramid di Giza

Spinx di Giza

Istana Qarun di Faiyum

Montazah, Alex

Luxor

Tasik Qarun
 

Album Mesir Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template